mY beLOveD dAuGHter

mY beLOveD dAuGHter

Monday 18 July 2011

Rintihan Kecil Seorang Isteri

Sanggupkah anda melihat si isteri menahan kelaparan?
Sanggupkah anda melihat linangan airmata seorang isteri yang menahan sebak?
Sanggupkah anda mendera isteri anda?
Sanggupkah anda kehilangan isteri anda?

Persoalan demi persoalan yang sentiasa bermain2 di kotak fikiran aku..Aku juga insan bergelar isteri. Aku dapat merasai perasaan itu.Jika anda tempatkan diri anda sebegitu, apakah perasaan anda?

Kehidupan berumah-tangga banyak cabaran dan dugaaannya. kesabaran dan keimanan haruslah kental bagi seorang isteri. Seorang isteri banyak menyimpan segala rahsia yang tidak boleh diluahkan kepada suami tercinta. Demi untuk kehidupan yang lebih baik dan bahagia. Bukanlah ego atau seumpama nya kerana seorang isteri ini ibarat lilin yang membakar diri.Kena redha n terima segala yang berlaku.

Wahai para suami, hargailah isterimu selagi isterimu masih bernyawa. Hargailah pengorbanan Isteri. Sesungguhnya, isteri banyak berkorban masa dan tenaga untuk kebahagiaan bersama. Jangan la anggap sekadar bagi cukup makan dan duit boleh membahagiakan isteri..

Hargai Isteri Anda Selagi Isteri Anda Bernyawa......

No comments:

Post a Comment