mY beLOveD dAuGHter

mY beLOveD dAuGHter

Friday 4 November 2011

SALAM AIDILADHA 2012

Hari raya Aidiladha bakal tiba 1 hari lagi....  Aku da mula terbayangkan ketupat , rendang, ayam masak merah,lodeh, kuah kacang...emmmm...yummy....mengeliur aku d buatnya...

Apakah pengorbanan aku untuk tahun ni? Persoalan yang aku sendiri tak tahu nak menjawabnya...kikikikiki.....Kepada umat islam d seluruh dunia, aku ucapkan salam Aidiladha. Marilah kita bersama-sama menghayati hari yang berbahagia ini.....

Rindunya nak balik k kampung, jumpa makku yang tercinta. Di dalam hati ni dah berbunga2 dah...jasad jer ade d rumah sendiri tetapi hati dah ader d kampung..kikikikiki

Seronoklah si kecilku nanti..sebab banyak makanan terhidang...lagi lah anakku suka. Sebab si kecilku memang kuat mamam....kalau tengok dia mamam, kita lak yang naik risau sebab bila la dia nak berhenti mamam..penyudahnya, kita la yang kena stopkan...maafkan mama yer anakku, bukan x bagi mamam, tapi perut anak mama da buncit dah....kikikikiki

OK lah, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA ........

sesungguhnya umat islam mencapai kemenangan lagi.......

Sunday 23 October 2011

telinga bernanah, kurang pendengaran di sebabkan fungas

Aku da rasa pelik kerana telinga aku asik berair jer...ade gak la dalam 1 bulan...campur dengan rasa gatal dan merenyam.. aku p amik sambil lewa jer la..ingatkan xder pape berlaku and anggap itu biasa (padahal x biasa pun...)

Hari demi hari, ku biarkan jer ianye berlalu tanpa buat pemeriksaan doktor..

Oneday, ku terjaga dari tido. Tiba-tiba aku  rasa telinga aku sebelah kiri x dengar pape...aku p tepuk2 la telinga aku...aku p mencapai cotton bud n masukkan dalam telinga ..takut2 ade binatang masuk k..lagi menghairankan aku bila ku kuarkan balik cotton bud tu ku tengok ade benda2 hitam kat atas cotton bud tu...

Aku terus cakap kat laki aku..ape kebenda warna hitam2 tu..paling menyakitkan hati aku bila lakiku dengan selamba menjawab " tahi telinga lama x korek la tu"...

Dengan rasa x puas hati n dengan tahap pendengaran ku yang x dengar..malam tu jugak ku p klinik utk kepastian..doktor cakap telinga aku da kena jangkitan fungas..hitam2 tu rupanya fungas la..die rupa mcm cendawan yg tumbuh tp warna hitam...doktor cakap fungas tu tengah membiak dalam telinga aku...doktor cuma bagi ubat antibiotik, ubat tahan sakit, n ubat bengkak...sebab doktor cakap bahagian dalam telinga aku da bengkak..next appoiment gan doktor after 4 days utk cuci telinga..malam tu pun ku balik dengan hati yang hiba....(kurang asam punya fungas, napa la ko membiak dlm telinga aku).. 

Hari yg ditetapkan da tiba..aku mlm tu p jumpa doc utk cuci telinga...doktor cakap telinga aku bernanah dah.nanah tu da tutup lubang telinga aku, disebabkan itu aku hilang pendengaran...doktor p cuci telinga aku..sakit wei....tapi pa cuci..aku leh dengar la..tapi telinga aku denyut2...mybe kesan cuci kot aku agak dalam hati....kepala aku p pening2 lalat pas cuci....malam tu ku pulang dengan ade pendengaran...kikiiikii........ 

Malangnya, kegembiraan aku cuma sementara, after 2 days aku kembali pekak, n aku rasa mcm ade benda mngalir dalam telinga aku. campur dengan kesakitan dalam telinga..tuhan jer yang tau ape aku rasa.......Aku pun p klinik jumpa doktor yang sama..doktor cakap nanah tu masih x berhenti, telinga aku makin membengkak...edih hatiku kenapalah x baik2 g...utk kali kedua, aku cuci telinga lagi utk buang nanah yang tersumbat. sakit aku punya telinga...UNTUK KALI KEDUA x baik jugak..aku masih x dengar.aku mula hilang kepercayaan kat doktor tu...aku pun merenggek kat suamiku supaya bawa aku k hospital coz aku da x tahan nak tanggung kesakitan...

Bila d hopital, doktor cakap aku kena jagkitan fungas n maybe kena otitis externa..lagi la sayu hati aku ni...kes aku d bawa k hospital pakar muar utk pemeriksaan lanjut..

Aku pergi utk berjumpa dengan pakar ENT...DOKTOR PAKAR TELINGA..di situ aku d periksa dan lagi sekali aku kena cuci telinga..doc cakap aku kena otitis externa campur gan telinga bernanah. yang peliknya..pas ku cuci telinga x r ku rasa denyut2 macam sebelum ni, tapi pening lalat tetap ader la... doktor cuma bagi aku ear drop sofradex untuk di titiskan dalam telinga selama 2 week...

Alhamdulillah, telinga aku kembali macam biasa..bengkak dalam telinga p da xder..tp after 2 bulan ku kena check up again utk pastikan telinga aku benar2 da ok.....


pengajaran: jumpalah pakar ENT ear,noise, throat if ade masalah...jgn tunggu lama..t jadi macam aku ni......

Monday 18 July 2011

Rintihan Kecil Seorang Isteri

Sanggupkah anda melihat si isteri menahan kelaparan?
Sanggupkah anda melihat linangan airmata seorang isteri yang menahan sebak?
Sanggupkah anda mendera isteri anda?
Sanggupkah anda kehilangan isteri anda?

Persoalan demi persoalan yang sentiasa bermain2 di kotak fikiran aku..Aku juga insan bergelar isteri. Aku dapat merasai perasaan itu.Jika anda tempatkan diri anda sebegitu, apakah perasaan anda?

Kehidupan berumah-tangga banyak cabaran dan dugaaannya. kesabaran dan keimanan haruslah kental bagi seorang isteri. Seorang isteri banyak menyimpan segala rahsia yang tidak boleh diluahkan kepada suami tercinta. Demi untuk kehidupan yang lebih baik dan bahagia. Bukanlah ego atau seumpama nya kerana seorang isteri ini ibarat lilin yang membakar diri.Kena redha n terima segala yang berlaku.

Wahai para suami, hargailah isterimu selagi isterimu masih bernyawa. Hargailah pengorbanan Isteri. Sesungguhnya, isteri banyak berkorban masa dan tenaga untuk kebahagiaan bersama. Jangan la anggap sekadar bagi cukup makan dan duit boleh membahagiakan isteri..

Hargai Isteri Anda Selagi Isteri Anda Bernyawa......

Friday 1 July 2011

Program Penempatan Pekerjaan Daerah Segamat

" Banyak Pekerjaan Yang Di tawarkan, Banyak Syarikat Yang Datang untuk mencari pekerja"

Itulah yang terbayang dan bermain2 di ruang legar fikiran aku...SEGAMAT OH SEGAMAT....

Pagi2 lagi aku da bersiap dengan penuh bersemangat untuk menghadiri program ini..Jam menunjukkan jam 9 pagi, aku pun bergerak menuju tempat yang di janjikan...Apabila sampai sana, aku melihat ramai orang yang hadir. Mereka juga sama seperti aku, sedang meninjau dan mencari pekerjaan..

Sampai sahaja di perkarangan SJK SEG HWA, aku terus daftar nama dan terima template senarai pekerjaan yang di offer...Aku meneliti satu-satu senarai itu, alangkah sedihnya hati aku ni...kebanyakkan hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai kelayakan SPM...BAGAIMANA DENGAN AKU???

Pening aku tengok senarai jobs tu...Aduhai SEGAMAT...mana la company yg ok ok cikit....takkan la sijil Ijazah aku nak wat pekasam..kalau begitu, apa guna aku bersusah payah belajar hingga ke menara gading..Aku sedar Segamat bukan lah bandar besar yang perlu di bangga-banggakan, tp cuba la paham kehendak anak2 segamat!!!!! Jangan di salahkan anak muda segamat yang tinggalkan tanah kelahiran untuk mencari rezeki yang lebih baik di negeri orang.....

Dengan keadaan ekonomi sekarang, cukup ke kalau gaji setakat RM1K....kamu fikirlah sendiri....Aku memang nak cari kerja luar, tapi suamiku ada dan bekerja di sini...Apa boleh buat....Namun, aku tetap takkan berputus asa...selagi hayat di kandung badan....aku kan tetap berusaha untuk mencari rezeki yang halal.....

Setelah puas meneliti di program penempatan kerjaya ni, aku pun pulang ke rumah...Harapan tinggal harapan.....Selamat Tinggal 3P Daerah Segamat...aku sungguh kecewa gan kerja2 yang ditawarkan...Jabatan Tenaga Kerja Segamat, sila lah buat alternatif yang boleh membantu insan2 seperti aku....

Ku pun mencari kunci kereta dlm beg n angkat kaki......vrooooom.......vroooooommmm......

Sunday 10 April 2011

Apa Itu Cinta?

C  ; Cara untuk mendekati dan menyayangi seseorang
 I  ;  Intipati yang terus datang dari hati
N ;  Nilai yang amat berharga dalam perhubungan
T  ;  Tiada paksaan untuk dimiliki dan memiliki
A ;  Anugerah yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada umat-Nya


CINTA sesuatu yang terlalu sulit untuk di tafsirkan. Makna yang begitu mendalam sehinggakan ada yang sanggup berkorban demi CINTA. Zaman sekarang amat berbeza jika dibandingkan dengan zaman dahulu.
Zaman sekarang lebih memfokuskan kepada CINTA jika ingin menuju ke arah gerbang perkahwinan. Kononnya, tanpa CINTA sesuatu ikatan perkahwinan itu tidak bahagia....ADAKAH ITU BENAR?

Tapi sayang, lihat lah anak mudi sekarang yang terlalu taksub dengan CINTA. Tanpa segan-silu bercumbuan dan berpelukan di khalayak umum. Ingin menunjukkan kepada orang ramai betapa dalamnya CINTA mereka .  Tanpa mempedulikan pandangan masyarakat dengan aksi dan kelakuan yang tidak bermoral itu..ADAKAH ITU CINTA SEJATI?

Aku sedih melihat kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang. Adakah mereka tidak mempunyai hati dan perasaan. Bayi itu datangnya dari CINTA yang mereka bina tanpa memikirkan dosa..Itukah bukti CINTA mereka. Mana ibu yang melahirkan bayi itu?, mana ayah yang bertanggungjawab di atas kelahiran itu? Ya ALLAH, bayi itu tidak bersalah. Kenapa bayi itu dibunuh dan di buang atas dosa yang dilakukan oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Menitis air mataku bila melihat akhbar dan berita menyiarkan kes-kes pembuangan bayi. Sungguh kejam insan itu, sanggup melakukan pembunuhan untuk menutup kesalahan yang telah dilakukan atas dasar CINTA mereka.

CINTA itu tidak ada salahnya, cuma yang salahnya pada cara seseorang untuk bercinta. Samada jalan yang lurus atau jalan yang songsang. CINTA yang di akhiri dengan perkahwinan dan di susuli dengan zuriat yang baik-baik adalah di redhai...mendapat keredhaan dari kedua belah pihak ibu dan bapa. Insya-Allah, sesuatu perkahwinan itu akan mendapat rahmat dan kebahagiaan.Di dalam alam perkahwinan juga masih ada CINTA jika disemai secara berterusan. Malah lebih indah dari sebelum berkahwin.Inilah CINTA SEJATI.

CINTA ITU AMAT INDAH JIKA KITA MEMBAWANYA DENGAN BETUL, CINTA JUGA AKAN MEMBAWA KEMUSNAHAN JIKA KITA LUPA, APA ITU DOSA.

Saturday 9 April 2011

Kenali Diriku.........


Inilah diri aku....aku lebih popular dengan nama LILY... pelikkan..bila sebut nama sebenar aku SUHAILLY mesti ramai yang tidak kenal....mungkin lily sentiasa menjadi sebutan...maklumlah nama samaran kan...

Aku di lahirkan di Kluang Johor...so maknanyer aku orang Johor la kan..keluarga aku sudah beberapa kali berpindah. Akhirnya menetap di Felda Palong Timur, Segamat, Johor.

Nama ibu ku yang tercinta ialah Norleha Binti Jamain dan nama ayahku pula ialah Saat bin Jamal...adik-beradik aku ada 7 orang..mereka ialah Suhaila, aku, Suhaizee, Mohd Akhmal, Mohd Hakim, Nuratika dan Mohd Khair Saifullah...cukup kan 7 orang....big family...aku sayang mereka semua...x dapat d ganti dengan berlian @ harta d dunia ni.....

OOOppsss...aku ni bukan bujang lagi tau...aku sudah berkahwin...

Jejaka yang telah menambat hati aku ialah Mohd. Hisyam bin Ab.Malik...

Inilah jejaka itu :


Semoga aku dan suami kekal hingga ke akhir hayat...aminnn..................
Hasil perkahwinan aku telah di kurniakan seorang anak yang comel. Nama si kecilku ialah Anis Batrisyia..
Gambar si kecilku ada di atas tu....comelkan die.....

Ini saja lah serba sedikit tentang diri aku....