mY beLOveD dAuGHter

mY beLOveD dAuGHter

Monday 18 July 2011

Rintihan Kecil Seorang Isteri

Sanggupkah anda melihat si isteri menahan kelaparan?
Sanggupkah anda melihat linangan airmata seorang isteri yang menahan sebak?
Sanggupkah anda mendera isteri anda?
Sanggupkah anda kehilangan isteri anda?

Persoalan demi persoalan yang sentiasa bermain2 di kotak fikiran aku..Aku juga insan bergelar isteri. Aku dapat merasai perasaan itu.Jika anda tempatkan diri anda sebegitu, apakah perasaan anda?

Kehidupan berumah-tangga banyak cabaran dan dugaaannya. kesabaran dan keimanan haruslah kental bagi seorang isteri. Seorang isteri banyak menyimpan segala rahsia yang tidak boleh diluahkan kepada suami tercinta. Demi untuk kehidupan yang lebih baik dan bahagia. Bukanlah ego atau seumpama nya kerana seorang isteri ini ibarat lilin yang membakar diri.Kena redha n terima segala yang berlaku.

Wahai para suami, hargailah isterimu selagi isterimu masih bernyawa. Hargailah pengorbanan Isteri. Sesungguhnya, isteri banyak berkorban masa dan tenaga untuk kebahagiaan bersama. Jangan la anggap sekadar bagi cukup makan dan duit boleh membahagiakan isteri..

Hargai Isteri Anda Selagi Isteri Anda Bernyawa......

Friday 1 July 2011

Program Penempatan Pekerjaan Daerah Segamat

" Banyak Pekerjaan Yang Di tawarkan, Banyak Syarikat Yang Datang untuk mencari pekerja"

Itulah yang terbayang dan bermain2 di ruang legar fikiran aku...SEGAMAT OH SEGAMAT....

Pagi2 lagi aku da bersiap dengan penuh bersemangat untuk menghadiri program ini..Jam menunjukkan jam 9 pagi, aku pun bergerak menuju tempat yang di janjikan...Apabila sampai sana, aku melihat ramai orang yang hadir. Mereka juga sama seperti aku, sedang meninjau dan mencari pekerjaan..

Sampai sahaja di perkarangan SJK SEG HWA, aku terus daftar nama dan terima template senarai pekerjaan yang di offer...Aku meneliti satu-satu senarai itu, alangkah sedihnya hati aku ni...kebanyakkan hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai kelayakan SPM...BAGAIMANA DENGAN AKU???

Pening aku tengok senarai jobs tu...Aduhai SEGAMAT...mana la company yg ok ok cikit....takkan la sijil Ijazah aku nak wat pekasam..kalau begitu, apa guna aku bersusah payah belajar hingga ke menara gading..Aku sedar Segamat bukan lah bandar besar yang perlu di bangga-banggakan, tp cuba la paham kehendak anak2 segamat!!!!! Jangan di salahkan anak muda segamat yang tinggalkan tanah kelahiran untuk mencari rezeki yang lebih baik di negeri orang.....

Dengan keadaan ekonomi sekarang, cukup ke kalau gaji setakat RM1K....kamu fikirlah sendiri....Aku memang nak cari kerja luar, tapi suamiku ada dan bekerja di sini...Apa boleh buat....Namun, aku tetap takkan berputus asa...selagi hayat di kandung badan....aku kan tetap berusaha untuk mencari rezeki yang halal.....

Setelah puas meneliti di program penempatan kerjaya ni, aku pun pulang ke rumah...Harapan tinggal harapan.....Selamat Tinggal 3P Daerah Segamat...aku sungguh kecewa gan kerja2 yang ditawarkan...Jabatan Tenaga Kerja Segamat, sila lah buat alternatif yang boleh membantu insan2 seperti aku....

Ku pun mencari kunci kereta dlm beg n angkat kaki......vrooooom.......vroooooommmm......